Pada 05 Mei 2013 hari ahad aku dan hubby telah menghantar jiran sebelah rumah ke KLIA untuk menunaikan umrah..Jiranku pergi bersama-sama keluarganya kecuali suami dan anak2nya..Setelah selesai menghantar, aku dan hubby pergi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia.. Tarikh ini merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat malaysia iaitu Pilihanraya Ke 13 (PRU13)
*kami nak keKLIA*
Pusat mengundi aku dan hubby di Sek Keb Presint (2) Putrajaya.Ini adalah kali kedua kami mengundi. Sblm nie, kami mengundi tidak la seramai nie..tahun nie punya la ramai yang mengundi di sini. Kami berdua tidak sama saluran..Hubbyku di saluran ke 8 manakala aku di saluran ke 9.. Nasib baik la barisan ku tak panjang dan aku mengambil masa selama setengah jam untuk beratur..Seronok tau pergi mengundi sbb dpt tgk gelagat penyokong parti pembangkang dan kerajaan memancing kami supaya memangkah parti masing2..oh ya di Putrajaya adalah parlimen maka hanya satu kertas sahaja kami semua perlu memangkah.. terdapat 2 parti yang bertanding di putrajaya iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS...
*jari selepas mengundi*
Pd PRU13 kali ini,semua warga malaysia yang pergi mengundi diwajibkan mencalit dakwat kekal menandakan kami telah pergi mengundi..Dah mcm pakai inai la pulak...
Nie yang paling seronok bila g mengundi...siapa sangka yea rezeki di hari mengundi..Selepas mengundi kami sekeluarga pergi ke kuantan untuk memberi support pd my uncle yang bertanding bagi Parlimen Paya Besar.. PRU13 nie kira kali yang 3 my uncle bertanding..pada mula2nya sebagai adun Panching dan kemudiannya beralih ke Parlimen..Alhamdulillah my uncle menang lagi...Rakyat di Parlimen Paya Besar masih mahu menerima khidmat my uncle..Tahniah DAM..Kami menyokong ayah..
suasana ketika menunggu keputusan PRU13 di Paya Besar